ada org datang la..wat kopi bujang..sila minum2 dulu

hit counter

Perjalan Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers

::Perkembangan Permata Hati Kami::

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sila Klik Laju2 Ye ehik! :)

Search This Blog

Tuesday 29 November 2011

Wordless Wednesday

bila aku wat blog walking sll jumpa "WORDLESS WEDNESDAY" jenuh nk pahami apa motif dorg wat cm tu...bila tanye tiada jawapan yg diberikan...nebess makkkk kejap...sambil terfikir aku kene wat juga ke sebagai blogger  xbapa nk femes nieh?? :)

sambil terseyum sndr hari ini aku bersedia utk wat hari "wordless Wednesday" juga la

so hari ni nye tema utk wardless wednesday adala "renungan"

Bacaan ayat dari surah at-Taubah 9: 129 ini tujuh kali setiap pagi dan petang dan insya Allah akan terangkat segala masalah, terbuka pintu rezeki, mudah segala urusan dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Ayat ini juga adalah amalan saya setiap hari. Sebar-sebarkan sesama Islam insya Allah apabila orang lain beramal kita juga mendapat ganjarannya. Amin

p/s: ilmu itu pelita hidup...bila dapat ilmu sia2 saja if x beramal kan? ;)

Monday 21 November 2011

renungan BERSAMA

Sempena Pelajar Tingkatan 5 sedang bertukus lumus dgn Paper SPM ni kan meh layan kata2 ku ini...yg paling penting ayat ni mmng aku nk tuju utk adik aku yg ke 2...haiiyooo risau la dia akan kemana la nnt.apa pn aku sentiasa doakan yg terbaik buat mereka.
sila la baca:-
Kalau bercinta , jangan berkepit macam belangkas , hantar surat berbelas-belas , SMS berbalas-balas , masa dating sebelah tandas , berpeluk-peluk dalam bas , asyik menjeling dalam kelas , minum air perghh . . kongsi segelas ♥

Bila ada konflik , haa mula la nak frust , nak tunai solat pun malas , tak dapat tumpu study dalam kelas , waktu result nak keluar tahu pulak cemas ,
takut . . exam tak pas...s , tup tup awek sendiri kena kebas , kesian . . melepas ♥

So , jadilah couple yang ada class , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata sentiasa beralas , kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥
thats my brother n sisters
 

IGt PesAN cIkGu

 
 INGAT PESAN CIKGU....!

cikgu pj : sape idola kamu?
murid 1 : saya nak jadi macam khairul fahmi!
murid 2 : saya nak jadi macam badrol bakhtiar!
murid 3 : saya nak jadi macam muslim ahmad!
murid 4 : saya nak jadi macam asraruddin putra!
cikgu pj : bagus2.. tapi kamu jgn sesekali jadi mcm fakri saarani..ingat pesan ckgu!

hehehhe.. gurau2 aje~

taU ke KenaPA MALAYSIA MenaNG?

korg nk tahu Rahsia
knp Malaysia
menang ?
Sbb...
TEAM Malaysia Hebat..
namun rahsianya ..
kerana MALAYSIA
ade seorang MUSLIM,
ade seorang TAMIL,
ade seorang pula GURU,
dan yg penting Team
MALAYSIA ade khairul fahmi che mat
yg sentiasa cermat
menangkap bola,
dan MALAYSIA juga ade
baddrol bakhtiar yg
sentiasa berikhtiar
menjaringkn gol Kemenangan
:) kekekeekekee dan
yg paling Hebat ialah
kerana MALAYSIA ade ONG
( Ong Kim swee )!!!!!!
Hahah....just a joke..
Tahniah Malaysia....
Tahniah seluruh rakyat Malaysia..:)
 

Thursday 17 November 2011

0-1

Hehehe tersenyum riang barisan permain MALAYSIA bwh 23 thn bila bgn pagi ini...TAHNIAH diucapkan kepada permain2 MALAYSIA kita. Selama 95 minit (5 minit lg tu masa tambahan ok) mereka berentap. Penuh aksi dan gaya.SYABAS.

Sapa minat tgk perlawanan bola sepak???xkira la dalam NEGARA ke LUAR NEGARA ke sukan SEA ke kan. Bagi saya, Saya xberapa minat nk tgk bola.klu tgk pn pejam celik pejam celik MATA den ni ha. tp PERLAWANAN MLM td saya terus minat. Sedetik masa yg berlalu tu SAYA  X BERPALING KE TEMPAT LAIN…huh pecah rekod tonton BOLA SEPAK macam tu sekali…ntah kenapa terlalu teruja ngan permainan tersebut.

Mungkin sb 2,3 hari sblm tu saya ada terengar perangai buruk penyokong indon yg sll menganggu acara sukan yg sedang berlansung… apa yg mereka mahukan ye sbnrnye?adakah sebab2 nye adalah hasad dengki dengan permain lawan yg lawan dgn negara meraka??takut kalah?? Atau apa?? ermm ntah la.

Selepas jaringan yg pertama saya mcm yakin yg MALAYSIA akan menang. Tp saya xnk terlalu rasa selamat. Bkn apa MALAYSIA ni pantang dipuji sikit mula la cepat rasa LEGA n JUARA nya.lebih baik jgn terlalu yakin. Nnt mula la kecewa huhu..xkesah la kan.

Setiap saat dalam permainan tu mmng mendebarkan saya..suspen tol la rasanya….terangkat angkat kaki “husbend” ok tgk bola tu…dia mmng exited sungguh tiap kali ada game bola…husbend mmng minat sgt ngan BOLA. So apa yg saya x paham mesti dia akan terangkan…cikgu yg bgs.hehehe

Dania pn layan sama tp tau je la kan budak time kita kata GOLLL!!!! Je depa ckp GOLLL!! Kan…lepas tu dh wat hal sndr…hbs rumah sepah ngan mainan dia je…buku, pensil, kaler (warne pensil), mainan masak2, mcm2 la. Hadoii elok je hbs game BOLA tu terus dia ckp “ibu, abah nk tdo.ngantok” abah”ngantok?ajak ibu masuk bilik n tdo k” nia”ok.ibu nk nenen.” Erm itu jela penghujung cter dia…mesti nk nyusu punye…padahal baru 1jam yg lalu menyusu.

Apa pn saya nk ucaP TAHNIAH BUAT team MALAYSIA.tpkan cube MALAYSIA kalah..compen org ramai kutuk kan?klu mmng ramai je share kat FB “tahniah pasukan malaysia”, “malaysia memang”.klu kalah tu dia depa punya kutuk mmng kaw2 nye bg..mcm MALAYSIA ni terokk sgt sudah.

p/s: obses sgt pn xboleh juga..sedang2 udah lew heheheheh

Wednesday 16 November 2011

seKAdar reNUngaN bersAMA waluPuN sy suDAh shARe kan di FB

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"
Mana Mak?'
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.

Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak.
Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

PeriOd PaiN MenyeRAng!!!!

Bak kata anak dara ku “toyong2….” bila dia menyorok bawah bantai mesti dia ckp mcm tu sambil menjerit2 hehehe

Tp perkataan tu ayu nk bg utk ayu sbnrnya..2hari sblm period ni mmng bdn rasa lemah mcm nk demam, selesema lg.huh balik rumah teros rasa bdn sejuk smpi ke tulang.kaki lemah mcm tulang dh rapuh.mata dh sayup2.dua hari saya dlm keadaan mcm tu....

Apa nk wat sakit pening bukan boleh di tahan2..klu sakit tu datang tanpa memberi salam, hai or hello.batui x?bulan ini memang saya lewat.10HARI lewat Tau..igt ada la isi rupa2nye belum ada kihkih..adakah????hehe nk kata kami rancang x juga nk kata xrancang x juga.what ever lahhh

Nasib baik la saya dlm keadaan mcm tu husbend paham.sb apa dia paham??sb saya balik je teros mencari si kenit n bersuka ria sikti2 ngan dia (sb x shtkan), pastu teros mandi n keluar je dr bilik mandi bersiap apa yg patot terus amik selimut n berselubung..mmng keadaan tu xdpt di elak dan di tahan2 lg..xtahan SGTTTT,,

Saya jarang nk sakit2 mcm tu.saya cume ckp ngan husbend yang saya xsihathari ni.husbend pn kata ok and rehat.dia masakan ns utk dania.cume dia mtk tolong watkan pencicah utk ayam goreng.hehehe saya kata ”ok xpa, klu nk makan dh bgtau je la”.

Lepas dh prepair makanan utk makan malam anak beranak. Saya rehat depan tv sambil layan SLOT AKASIA – TENTANG DHIA .layan gak cter baru ni.smlm nye episod dhia tu dh xjd kawin ngan Azmi kerana melly kata dia mengandung anak azmi.mmng azmi tu teraniaya dgn melly.melly perangkap azmi utk tutup kandungan dia yg akan membersar tu.

Layan punye layan cter tu smpi la sy terlena...mmng dh tahap xlarat gila,,sedar2 dh kol 8 lebih.tu pn husbend kejut suruh masuk bilik.sb dia pn dh nk masuk bilik.dania ngantok katanya..ermm tgk dania mcm segar buigar je..mcm xnk tdo..xpa la...dh dlm mamai2 tu sy layan kan jela...

Agak lama juga saya tdo tibe bergegar gegar badan saya. Punye nk sure sapa yang bergegar n sapa yg gegar kan saya celik kan mata saya yg xberapa nk boleh celik tu.tgk tgk huh!!! Husbend saya duk gelak sorg2…saya tanye dia “wat apa yunk?” dia pn jawab sabil gelak2 “tgk jonh english b” sentap sekejap…

Monday 31 October 2011

Month of November 2011

Bapa lama diam tiba2 muncul dengan ucapan SELAMAT DATANG BULAN NOVEMBER 2011 .awal2 bulan ni kan kene berstatus ceria meria cikit tau n3 blog..
Sebenarnya no idea utk letak tajuk apa.so sempenan 1st November ni la i letak tajuk tu huhu.

Apa nk cter ek…ohw any idea???cube bg kan tajuk than I akan mulakan cter..bleh ka?

berfikir sejenak utk dptkan idea okey!

Thursday 13 October 2011

LARIAN 2.4KM!! FOR HUBBY

Minggu lepas hubby dapat tawaran untuk jwtn KOPERAL dgr je mmng hati ini tumpang gembira. Tp masih belum selamat la nk gembira kan sb belum sah lagi. Lain la klu berita tu menyatakan ”syg dh di naikkan panggkat” hehehe sdp sikit. Ini cume dpt tawaran di naikkan pangkat. Xkesah la kan janji rezeki itu Allah maih mahu berikan pada kami sekeluarga. Syukur...

Semalam dia menerima panggilan dr pejabat dia yg berbunyi ”Mohon hadir utk sesi ambil masa utk larian 2.4km dalam masa 15 minit” huhu terkejut gak abg sy. Tp dia xbapa nk risau sgt sb nye lepas isi borang utk tawaran tu dia mmng dh traning habis-habisan.tiap petang joging n amil masa.sygnye sy xdpt nk temankan dia di sbkan faktor2 yg memudaratkan sy utk temankan dia.hehehe faktornye adalah si kenit sy tu la yg masih x bapa nk sihat sgt..kesian kan dia..

Wlupn sy xteman, sy sentiasa doakan yg terbaik buat dia.mana tau rezeki anak tu membawa tuah utu dia yg dlm usia muda ni dh pengang jwtn koperal kan.bg saya dia di jwtn apa pn sy x kesah.janji kasih syg kami xpnah berubah.huhu jiwang plak dh pg2 ni.xpa kan...apa salahnya kuang3

Pg2 td dh wish utk dia semoga dia berjaya utk sesi larian tu. Dalam kol 10 lebih td dpt kol dr syg.dan kenyataannya itu adalah “b syg lepas 2.4km tu.yuhuu…dlm 10minit saja leh smpi”. Dalam hati sy dh rasakan kegembiraan dia tu. Tunggu utk next step la iaitu interview pulak lepas ni.

To >>> syg i wish good luck and the best for ur interview.sentiasa dipermudahkan segala urusan mu sayang.

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
tu dia...jd model utk blog sndr.
 

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami

amin..

Friday 30 September 2011

yeha!! my family are here!

Sapa x seronok klu ahli keluarga mai umah kita.you all igt x n3 sy yg lepas pasal birthday my mom…so weekand ni kitorg adik beradik nk wat birthday parti sprise utk dia. Hope jd la kali ni. :)

Saya mmng amat2 rindukan masakan dia. Xda apa yg lbh bahagia lg selain melihat dia di depan mata saya dan masih sihat dan mampu beri senyum buat sy sekeluarga. di sebalik wajah tuanya saya tau dia byk menanggung masalah. xsikit mesti byk.

susah senng dia sentiasa dlm keadaan ceria dan bersama kami. xpenah sedikit pn dia meletakkan dirinya dlm masalah.wlupn dia tahu dia kene hadapi semua masalah.xpenah sdkt pn utk tunjuk pada kami dia mempunyai masalah.

bila saya sdh mempunyai keluarga sndr skrng saya juga ingin menjadi seperti dia.bila anak2 saya sudah besar sy akan cube sedaya upaya sy utk melindungi air muka saya yg sdh, risau, runsing. hanya akan pamirkan muka yg ceria dan bahagian je.:) yg penting senyuman mesti ikhlas hahaha

Nnt saya uplod pic utk birthday suprise utk my mom.


xsabo nk tunggu time to go back huhu...lmbt rasa hari ni nk kol 4.30pm huh!!
 

comel dan serasi mereka berdua ini

comelnya

suka baju mia yg glamor

dorg berdua ini mmng sedondon...mcm ibu dan anak.if nia besaq mcm kak mia ni sy pn nk cm ni juga...sendondon ngan anak...apa salahnya kan. :)

Sepetang bersama Mrs. Azlan dan Ibu dania

N3 ni cter utk weekand baru ni.

2, 3 hari sblm majlis tu abg ada jemut kawan sekolah di amai raya kat umah.but you all mesti tau kan klu dh hari bekerja mmng persiapan agak kureng sikit la,,tp xpa la..cube sebaik yg buleh la utk menjamu kawan husbend kan.alih2 xjd mai lak.erm hati agak selamat tp agak membazir plak apa yg kami dh siapkan utk dia.

Than, masa dan ketika itu juga la terfikir utk wat majlis ”Sepetang bersama saya sekeluarga” erti kata lain ”open house” la hiks3

Mlm tu juga la teros wat tempahan n jemput kawan belah husbend..saya masih cool lg.xmau tergesa2.tunggu hari jumaat baru la jemput..xla terlalu rushing kan.

Menu kami utk majlis tu roti jala, bihun sup, kuih muih dan saya ada gak wat disert ” koktail” yeke eje mcm tu? Erm x kesah la. Desert tu xda la cantik n sedap mcm chef wat. Bleh la utk makan cincai2 hahaha…

Smpi pada hari yg di tetap kan tu mmng hati berdebar sgt..”ada ke yg nk dtg?” ngeluh juga hati ni wlupun hati masih x senng dengan masalah yg agak besar juga yg bakal di hadapi oleh anak sy isnin ni.cter tu kemudian la ek sy cter..skrng nk seronok2 dulu cter pasal open house.

Saya mmng xsangka ramai gila dtg. Sekali mai tu dia mcm nk pecah rumah saya.fuh! sungguh teruja. Makanan semua alhamdulillah semua hbs licin. terima kasih semua yg hadir ke rumah saya…

p/s:hopfully tahun depan masih ada kesempatan utk sy wat open house lagi.

Thursday 29 September 2011

MENYAKITKAN HATI!!!

Ada pepatah menyatakan "ikutkan hati nnt mati"
mungkin ada benarnya,,,pg2 lagi dh wat hati jd nk marah dan kecewa ngan sikap dia.apa la nasib hati sy kerna pagi2 untuk bertemu  rezeki sudah di sarapkan dengan amarah yg puncanya hanya menegur?salah kah?lagi sakit hati apa yg ditegur itu di anggap rungutan.apakah itu??

aku yg xpaham ka dia yg xpaham,,,
:p

happy birthday!!!

semalam saya shaRe n3 birthday my daughter.hari ni saya nk share n3 birthday my lovely mom yg ke 50.

hopefully she alway good health. doa itu setiap hari dan saat sll saya doakan utk mak tersayang.
Rasa mcm baru je bersama mak ketika mak berumur 20'an hehehe
i and my mom

Wednesday 28 September 2011

Permainan utk releas tension

thinking smart
Td time lunch buka la FB...duk ngah scroll kebwh dan kebwh tgk2 ada sorg member wat satu permainan yg dinamakan "permainan bergelak sebentar @ senyum sejenak" hiks3 saya pn try la dan bila dh dpt result dia mmng la agak tersenyum sejenak hahaha. but i for sure sgt korunk pn penah kot terbaca pasal permainan ni...kan2??
nk wat mcm mana kan tangan ni gatai jugak nk share kat blog ni bg penuh dan sempit sikit hehe cube ek pastu tampai kat comment bg n3 nieh.
Jom kita main 1 permainan
bergelak sebentar atau senyum sejenak. release tension:~
 
i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
... Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
sambungkan bg jadi 1 ayat..

p/s: KONGSI-KONGSILAH JAWAPAN ANDA~ (JAWAPAN JUJUR BARU BEST) ~
 

090911 happy birthday to my lovely daugther


Hello..hari n ink cter perkara kebelakang lagi…bulan ni ada dua hari yg istimewa buat diri saya.pertama ofcos la birthday dania yg jatuh pada raya ke 11.tahun ni agak kurang sedikit meraikan hari lahir utk dania.hanya sambut kami anak beranak je.tu pn beli kek sepotong n makan2 kat alamanda.

Dalam usia dia skrng sy lihat dh byk perkembangan yg luas dan terlalu teruja saya melihat.hehehe sonok bila tgk dia petah berckp, bejalan, berlari, menyanyi, menari. Syukur sgt  semuanya berlalu dgn lancar. Tiap ibu yg melahirkan anaknya di dunia ni pasti mahukan yg terbaik buat anak mereka, betui x? saya juga bergitu.saya mahu pastikan dia dpt yg terbaik wlupn ada yg lebih baik dr itu.

Kadang kala saya lihat dia makin pandai menunjukkan reaksi yg berbeza beza.merajuk, marah, sedih, suka, sayang. Dania juga pandai memujuk di pujuk tau..hehee sy suka tgk dia pujuk sy bila sy marah kan dia.

Cume….kesian dia mlm td di serang demam tekejut..panas giler badan aku…nebess mak tau!! Insyaallah esk lusa dan seterus nya pasti ok dan sht,,itu doa ibu.

Thursday 22 September 2011

Raya Raya Raya

DALAM SEJARAH TANGGAL 24 SYAWAL INI BARU UCAP RAYA HAHAHA XKESAH LA KAN JANJI UCAP.
SO SAYA MEWAKILI KELUARGA AZLAN INGIN MENGUCAPKAN 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
TERIMALAH SEMANIS UCAPAN :-
NAFSU BISA TERLEPAS WALAU SECEBIS DOSA
SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT INIKAN PULA SESAMA SAUDARA 
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PEMBACA BLOG SAYA INI :')

HOPE HAPPY WITH MY PIX IN THE RAYA RAYA RAYA HEHEHEHE

NI RAYA PERTAMA DLM PERJALANAN KE RUMAH BESAN2 MAK KITA

DANIA BERSAMA MAK LANG N MAKCIK DIA HEHEHE SYOKK LA DUK BLAKANG DH LAMA DIA DUK NK DUDUK BELAKANG

SENYUMAN PTG RAYA

YEAH!!! DPT WET RAYA
GOING TO JB

Wednesday 21 September 2011

RELAKSSSSSS

besst woo dpt relakss mcm ni. klu hari2 mcm ni kan best
yeah!! bestt woo rasa merdeka kejap di saat dan ketika ini...rasa nk terjun dr tingkat 11 ni smpi ke tapak karnival KUD at putrajaya ni.hahaha logik ka weh...xtau la teman nk menjawab.

nk tau ka pasai apa kami syokk sgt ri ni??erm boss xda la..org yg keje ni klu syok mesti la sb BIG BOSS xda. betui x? sekian lama menunggu saat2 seperti ni. jarang di temui tau saat2 mcm ni. so KITA ENJOYYY!

so bila dh ada time ni kene la hargainya sebaik mungkin kihkihkih.

p/s:-klu dh pemalas tu ckp je la kan..

Monday 19 September 2011

Puasa Tahun 2o1i

Tahun ni puasa saya terasa seronok sikit berbanding tahun lepas, saya pun xtau knp. tp saya rasa blm puas berpuasa tahun ni. rasa sekejap sgt. hari ni saya berpuasa 6. baru sehari je hehehe

Tahun lepas saya beraya di kg husbend. Tahun ni giliran saya..tahun ni segala persiapan semuanya last minit. Saya xpenah alami keadaan mcm ni tau. first time persiaan raya yg mmng last minit gila...main sauk apa yg ada kat kedai tu.hehehe tapi semuanya serba sederhana..xda la havok sgt kan..semua benda nk baru...ada juga yg masih boleh pakai.korunk plak mcm mana?

keadaan kat opis sprt tahun lepas juga la...sebelum sbt puasa lg dh kene prepair utk hari raya...bleh???belum ada mood nk raya dh kene bangkitkan mood raya.xapa la segalanya sudah berjalan dgn jayanya,,,kita kene hargainya mungkin tahun ni adalah thn terakhir saya wat kerja2 ini. :(

korunk semua dpt cuti lama ka thn ni?saya???ermm alhamdulillah la dpt cuti 11 hari tp yg x syokknya hari ahad dh kene balik sini...sb husbend dh kene panggil keje URGEN katanya hehehe apa la nasib....ini la nasib seorg isteri kepada anggota POLIS.berkhidmat utk negara kan...

ohw ye kalau sblm raya mesti masig dh tanye kan tema tahun ni warna apa baju raya. tahun ni tema azlan's family is grey. nnt i upload ye pic baju raye tahun ni.

yang sdhnye tahun ni xbyk gambar ngan bj raya.

Rona Roni Jamuan Perpisahan utk AHMAD ALAUNDIN

Bulan 6 yg lepas kat opis ni ada wat jamuan perpisahan utk staf kat sini bersara. Sdh rasa majlis tu. Tp nk wat mcm mana kan…benda tu akan semua laluinya…cume keadaan jek yg berbeza.

Alhamdulillah majlis tu berjalan dgn lancar.


kek!! utk abg din






interprem kit kat majlis ni hehehe tu mek ti my pren






apa-apa je la ni serabut aku tgk!

ucapan kami:- all the best semoga selamat di masa pencen ni.daa

1 Ramadhan Yang Lalu


Nk ikut..meh nk ajak p masa kebelakang.boleh gtu?hehehe

Hari ni nye n3 smpi la seterusnya n3 sy nk ceritakan kesah yg dh lepas k.harap sudi meluangkan masa bersama n3 n3 saya ni.

Ok fisrt saya nk kongsikan sambutan ramadhan saya tahun ni.setiap thn sblm ni saya akan balik kg utk sambut kehadiran bulan ramadhan. Thn ni lain sikit, sb mak saya dr kg dtg ke rumah kami. Sonok mmng sonok la kan. Bleh sehari sblm puasa kami sekeluarga beriadah di pusat BOLING at alemanda. Fuh! Xpenah di buat org lain. Kami jek yg buat kot hahaha.yg pastinya masih ada lg yg dtg utk bermain boling waktu kami mai tu huhu.

Saya yg xpenah main ni bleh lak try baling. Cubaan pertama n kedua mmng out la kan,,,ke LONGKANg..nk tergelak..gaya dh mcm pro sgt. Ahli keluarga lain ok je. Bleh la dr saya kan…paling xsangka my lovly mum la. Dia kata dia x penah main,,,tp “strike!!!!!!” MMNG XSANGKA LA MAK SY LEH CM TUH KAN
Ok apa2 pn layan pic ni kay:-
 
ha ni dia bdk kenik yg sebuk juga nk baling bola boling.mmng xreti duk diam












ni hero malaya family kami  jeng jeng















ratu2 pn main gak kay
 
 tu dia aksi mom n dad..mmng kalah kami had muda ni hehehe

 AND THE LAST ONE...




 dh loteh main balik wat solat taraweh lew pulak!!!

Sunday 21 August 2011

AKU PERMATA ~ SALMA JUARA MENTOR 5 2011




ni la lagunya...klu masih igt jumaat lepas sy ada sharekan kat blog ni lirik utk lagu ini...so skrng sy dh share kan lagunya mmng sgt meletooppp gtu...vedio ni masa konsert final dia...very good n the best yg penah sy tgk la.lagu tu pun mmng ada kene mengena ngan hidup kan...

selamat melayan lagu best ni ye.bye n selamat malam

Thursday 18 August 2011

pagi2 saya layan lagu ini...

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa

Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

Monday 25 July 2011

pening

baru update dh pening2 kan....apa la ayu ni...tp nk wat cm ne kan...mmng thg pening....tambah nk menjelang bulan ramadhan ni.bkn apa byk nk kene pikir.yg kat opis ngan cara kat opis, rumahtangga dgn caranya pulak.
hadoii cukup memeningkan la....

dh lama x update...byk menda nk share kat sini...tp satu2 ye...nntikan kemunculan updated sy kat sini ek...jgn lupa tau. bye

**pening la ni

Wednesday 18 May 2011

April Penuh Makna


Emm xkesah la kan org nak kata saya ni lapok ke apa ka…cter dh lama masih nk di kenang2..hehe

Apa pun sy mmng nk cter kan kisah2 sy sewaktu di bulan 4 lalu,,mung keadaan dan masa saya masih mendengkikan hidup sy utk menjadi blogger tegarrrRRRRRRR…. :)

Ceritera :-

4/4/11-tiada hari yg lebih baik utk di raikan melainkan hari lahir sang suami tercinta.fuh!!ayat jiWANNNGGGG KeratTTTT ni wakahkahkah

Tiada la apa sgt kami wat pada hari tu…cume makan bersama.tp di umah je.sb esok nk keje.dia pun xbapa nk larat utk keluar.tiada hadiah yg terbaik melainkan kasih syg saya pada dia dan ucapan “selamat ulang tahun dan panjang umur serta dimurahkan rezeki”

Actualy sy x sempat nk prepair hadiah..tp xkesah la yg penting bkn tunggu birthday utk beri hadiah..hari2 lain pun ok gak kan.

13/4/11-PaPSMEAR penah dengar ke?mesti kaum2 wanita atau lebih mendorong kepada kaum ibu la ek…mesti penah dengar kan...yang pastinya skrng sy dh mengalami ujian itu.

Ueuuwwwww menakutkan tau pada mulanya…sblm sy pergi sy dh wat appointment siap2…so semakin dekat tarikh tu semakin la berdebar sy ni…kadang tu smpi x lena tdo memikirkan apa yg dia akan wat kat kita nye tuuuuuuuut tu…aiyooo.

Tarikh tu sy mmng amik sama ngan tarikh dania cek up klinik. So senng la kan…xyah p byk kali kan.tau2 je la klinik kesihatan ni…ramai n agak slow sikit.perlukan kesabaran bila menunggu turn tu kan.

Tiba masanya sy pun di panggil.masuk misi pun tanye la ada ambil perancang keluarga?sy pn jawab “ohw tidak” ok xpa isi borang than buang apa yg ptt dan baring ok.

>>>>>>>>>>>>selapas beberapa saat dia kelebek>>>>>>>>>

Aduiiii nk kata sakit x la sgt…tp sakit juga and bleeding sikit…sikit je la…
Perasaan:->>> agak pobia la nk p wat lg.result sy 3 bulan selepas baru leh tau.agak berdebar ye puan2 dan tuan2 sekalian..sama2 la kita nantikan result nye nnt ek?  

26/4/11- HAPPY ANIVERSARY yg ke 3.yehuu alahamdulillah akhirnya sy dan suami dapat pertahankan masjid yg kami bina ni…selama 3 tahun kami bersama tiada apa yg x susah.semuanye ssh.tp syukur Tuhan itu Maha Kuasa.segala kesusahan dan pahit getir dlm rumahtangga kami boleh harungi tanpa ada rasa curiga antara satu sama lain.kasih syg kami juga lebih kukuh dan sentiasa bersemadi di hati kami.sy sll berdoa biar la kami sentiasa kekal dan bahagia ke akhir hayat kami amin…

Utk anak ku….ku harapkan kamu sentiasa bersama kami wlu ssh atau senang.jd la anak yg soleh dan solehah.baik.sopan santun.beriman kpd ALLAH S.W.T dan berjaya dalam kejaya.

**itu sahaja ceritera bulan 4….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...