ada org datang la..wat kopi bujang..sila minum2 dulu

hit counter

Perjalan Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers

::Perkembangan Permata Hati Kami::

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sila Klik Laju2 Ye ehik! :)

Search This Blog

Thursday 29 August 2013

Nak Tips Wajah Muda dan Jelita?

Nak Cantik x?ingin kan wajah jelita dan muda tp xlah seperti saya.hehe

meh saya nak share sikit..ilmu ni..

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR UNTUK CANTIK ???? 

Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:

1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi "superwoman" yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

Happy reading kay!!

Wednesday 28 August 2013

Hari Ini Hari Khamis

Xde buat apa kan..so apa lagi berblog la kite :) big bos ke sarawak so leh la renggang2 kan badan tetang2 kan otak lembut2 kan keadaan sambil2 tu search la pe yang patot kat google utk prepairation Bday DANIA dan open house nanti. Bekas2 dh cari masa weekand lepas..so hari ni nk cari kek. ermm sebut pasak kek ni mmmng sumpah xpandai sgt nk pilih kek2..sb bukan penggemar kek yang tegar. try juga tanye kawan2 yang suka kan kek. Dia de suggest LOLA CAKE from Wondermilk. Tapi kedainya agak sakit gak kaki nk ke damansara tu.nk p sorg2 mmng la slow sikit..takaut ke mana hala p nya kan.nk mtk suami tolong paham2 je la masa nye cetek sgt. Bz memanjang.so xpe la try juga la search home made kan..

Untuk tahun ni tukar sikit selere kek tu dr kedai kek kepada home made kek. Cari punya cari BFF kita td share kan juga contoh2 kek yang menarik n blog akk yang buat kek tu. so aku pn cube2 la tgk blog tu..cantik2 kek dia buat. aku de la buat pilihan kek chocolat cadbury moist cake. tp aku ubah decorationnye menjadi bentuk lain. itu pn hasil buah kepala BFF aku juga hehe..sgt berterima kasih pada BFF aku ni. dia mmng kuat makan kek ni.so mmng sesuai sgt klu aku tanye dia.

nk tau jd apa kek tu nnt tunggu lepad majlis tu nnt.akn ku update kat sini ye.harap2 jadi lah kek tu nnt.ermm dh mcm x sabar nk tgk apa yg jd nnt.yang paling penting nia akan teruja utk potong kek tu nnt. rasa baru smlm melahirkan nia. ermm besar dh anak ibu ye...

Jom Tambah Ilmu..

Cara mencuci kemaluan dengan betul

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya" Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan" Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.
--
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...