ada org datang la..wat kopi bujang..sila minum2 dulu

hit counter

Perjalan Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers

::Perkembangan Permata Hati Kami::

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sila Klik Laju2 Ye ehik! :)

Search This Blog

Tuesday, 29 November 2011

Wordless Wednesday

bila aku wat blog walking sll jumpa "WORDLESS WEDNESDAY" jenuh nk pahami apa motif dorg wat cm tu...bila tanye tiada jawapan yg diberikan...nebess makkkk kejap...sambil terfikir aku kene wat juga ke sebagai blogger  xbapa nk femes nieh?? :)

sambil terseyum sndr hari ini aku bersedia utk wat hari "wordless Wednesday" juga la

so hari ni nye tema utk wardless wednesday adala "renungan"

Bacaan ayat dari surah at-Taubah 9: 129 ini tujuh kali setiap pagi dan petang dan insya Allah akan terangkat segala masalah, terbuka pintu rezeki, mudah segala urusan dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Ayat ini juga adalah amalan saya setiap hari. Sebar-sebarkan sesama Islam insya Allah apabila orang lain beramal kita juga mendapat ganjarannya. Amin

p/s: ilmu itu pelita hidup...bila dapat ilmu sia2 saja if x beramal kan? ;)

Monday, 21 November 2011

renungan BERSAMA

Sempena Pelajar Tingkatan 5 sedang bertukus lumus dgn Paper SPM ni kan meh layan kata2 ku ini...yg paling penting ayat ni mmng aku nk tuju utk adik aku yg ke 2...haiiyooo risau la dia akan kemana la nnt.apa pn aku sentiasa doakan yg terbaik buat mereka.
sila la baca:-
Kalau bercinta , jangan berkepit macam belangkas , hantar surat berbelas-belas , SMS berbalas-balas , masa dating sebelah tandas , berpeluk-peluk dalam bas , asyik menjeling dalam kelas , minum air perghh . . kongsi segelas ♥

Bila ada konflik , haa mula la nak frust , nak tunai solat pun malas , tak dapat tumpu study dalam kelas , waktu result nak keluar tahu pulak cemas ,
takut . . exam tak pas...s , tup tup awek sendiri kena kebas , kesian . . melepas ♥

So , jadilah couple yang ada class , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata sentiasa beralas , kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥
thats my brother n sisters
 

IGt PesAN cIkGu

 
 INGAT PESAN CIKGU....!

cikgu pj : sape idola kamu?
murid 1 : saya nak jadi macam khairul fahmi!
murid 2 : saya nak jadi macam badrol bakhtiar!
murid 3 : saya nak jadi macam muslim ahmad!
murid 4 : saya nak jadi macam asraruddin putra!
cikgu pj : bagus2.. tapi kamu jgn sesekali jadi mcm fakri saarani..ingat pesan ckgu!

hehehhe.. gurau2 aje~

taU ke KenaPA MALAYSIA MenaNG?

korg nk tahu Rahsia
knp Malaysia
menang ?
Sbb...
TEAM Malaysia Hebat..
namun rahsianya ..
kerana MALAYSIA
ade seorang MUSLIM,
ade seorang TAMIL,
ade seorang pula GURU,
dan yg penting Team
MALAYSIA ade khairul fahmi che mat
yg sentiasa cermat
menangkap bola,
dan MALAYSIA juga ade
baddrol bakhtiar yg
sentiasa berikhtiar
menjaringkn gol Kemenangan
:) kekekeekekee dan
yg paling Hebat ialah
kerana MALAYSIA ade ONG
( Ong Kim swee )!!!!!!
Hahah....just a joke..
Tahniah Malaysia....
Tahniah seluruh rakyat Malaysia..:)
 

Thursday, 17 November 2011

0-1

Hehehe tersenyum riang barisan permain MALAYSIA bwh 23 thn bila bgn pagi ini...TAHNIAH diucapkan kepada permain2 MALAYSIA kita. Selama 95 minit (5 minit lg tu masa tambahan ok) mereka berentap. Penuh aksi dan gaya.SYABAS.

Sapa minat tgk perlawanan bola sepak???xkira la dalam NEGARA ke LUAR NEGARA ke sukan SEA ke kan. Bagi saya, Saya xberapa minat nk tgk bola.klu tgk pn pejam celik pejam celik MATA den ni ha. tp PERLAWANAN MLM td saya terus minat. Sedetik masa yg berlalu tu SAYA  X BERPALING KE TEMPAT LAIN…huh pecah rekod tonton BOLA SEPAK macam tu sekali…ntah kenapa terlalu teruja ngan permainan tersebut.

Mungkin sb 2,3 hari sblm tu saya ada terengar perangai buruk penyokong indon yg sll menganggu acara sukan yg sedang berlansung… apa yg mereka mahukan ye sbnrnye?adakah sebab2 nye adalah hasad dengki dengan permain lawan yg lawan dgn negara meraka??takut kalah?? Atau apa?? ermm ntah la.

Selepas jaringan yg pertama saya mcm yakin yg MALAYSIA akan menang. Tp saya xnk terlalu rasa selamat. Bkn apa MALAYSIA ni pantang dipuji sikit mula la cepat rasa LEGA n JUARA nya.lebih baik jgn terlalu yakin. Nnt mula la kecewa huhu..xkesah la kan.

Setiap saat dalam permainan tu mmng mendebarkan saya..suspen tol la rasanya….terangkat angkat kaki “husbend” ok tgk bola tu…dia mmng exited sungguh tiap kali ada game bola…husbend mmng minat sgt ngan BOLA. So apa yg saya x paham mesti dia akan terangkan…cikgu yg bgs.hehehe

Dania pn layan sama tp tau je la kan budak time kita kata GOLLL!!!! Je depa ckp GOLLL!! Kan…lepas tu dh wat hal sndr…hbs rumah sepah ngan mainan dia je…buku, pensil, kaler (warne pensil), mainan masak2, mcm2 la. Hadoii elok je hbs game BOLA tu terus dia ckp “ibu, abah nk tdo.ngantok” abah”ngantok?ajak ibu masuk bilik n tdo k” nia”ok.ibu nk nenen.” Erm itu jela penghujung cter dia…mesti nk nyusu punye…padahal baru 1jam yg lalu menyusu.

Apa pn saya nk ucaP TAHNIAH BUAT team MALAYSIA.tpkan cube MALAYSIA kalah..compen org ramai kutuk kan?klu mmng ramai je share kat FB “tahniah pasukan malaysia”, “malaysia memang”.klu kalah tu dia depa punya kutuk mmng kaw2 nye bg..mcm MALAYSIA ni terokk sgt sudah.

p/s: obses sgt pn xboleh juga..sedang2 udah lew heheheheh

Wednesday, 16 November 2011

seKAdar reNUngaN bersAMA waluPuN sy suDAh shARe kan di FB

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"
Mana Mak?'
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook.

Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.
Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak.
Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

PeriOd PaiN MenyeRAng!!!!

Bak kata anak dara ku “toyong2….” bila dia menyorok bawah bantai mesti dia ckp mcm tu sambil menjerit2 hehehe

Tp perkataan tu ayu nk bg utk ayu sbnrnya..2hari sblm period ni mmng bdn rasa lemah mcm nk demam, selesema lg.huh balik rumah teros rasa bdn sejuk smpi ke tulang.kaki lemah mcm tulang dh rapuh.mata dh sayup2.dua hari saya dlm keadaan mcm tu....

Apa nk wat sakit pening bukan boleh di tahan2..klu sakit tu datang tanpa memberi salam, hai or hello.batui x?bulan ini memang saya lewat.10HARI lewat Tau..igt ada la isi rupa2nye belum ada kihkih..adakah????hehe nk kata kami rancang x juga nk kata xrancang x juga.what ever lahhh

Nasib baik la saya dlm keadaan mcm tu husbend paham.sb apa dia paham??sb saya balik je teros mencari si kenit n bersuka ria sikti2 ngan dia (sb x shtkan), pastu teros mandi n keluar je dr bilik mandi bersiap apa yg patot terus amik selimut n berselubung..mmng keadaan tu xdpt di elak dan di tahan2 lg..xtahan SGTTTT,,

Saya jarang nk sakit2 mcm tu.saya cume ckp ngan husbend yang saya xsihathari ni.husbend pn kata ok and rehat.dia masakan ns utk dania.cume dia mtk tolong watkan pencicah utk ayam goreng.hehehe saya kata ”ok xpa, klu nk makan dh bgtau je la”.

Lepas dh prepair makanan utk makan malam anak beranak. Saya rehat depan tv sambil layan SLOT AKASIA – TENTANG DHIA .layan gak cter baru ni.smlm nye episod dhia tu dh xjd kawin ngan Azmi kerana melly kata dia mengandung anak azmi.mmng azmi tu teraniaya dgn melly.melly perangkap azmi utk tutup kandungan dia yg akan membersar tu.

Layan punye layan cter tu smpi la sy terlena...mmng dh tahap xlarat gila,,sedar2 dh kol 8 lebih.tu pn husbend kejut suruh masuk bilik.sb dia pn dh nk masuk bilik.dania ngantok katanya..ermm tgk dania mcm segar buigar je..mcm xnk tdo..xpa la...dh dlm mamai2 tu sy layan kan jela...

Agak lama juga saya tdo tibe bergegar gegar badan saya. Punye nk sure sapa yang bergegar n sapa yg gegar kan saya celik kan mata saya yg xberapa nk boleh celik tu.tgk tgk huh!!! Husbend saya duk gelak sorg2…saya tanye dia “wat apa yunk?” dia pn jawab sabil gelak2 “tgk jonh english b” sentap sekejap…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...